PERLEMBAGAAN

Pasukan Gendang 24 Musim

 

Fasa 1 :

 

1.1     Persatuan / Kelab ini dikenali dengan nama : Pasukan Gendang 24 Musim

 

1.2        Alamat rasmi ( sekolah) persatuan/ kelab : 2, Jalan Gottlieb, 10350, Pulau Pinang

 

1.3        Lambang/logo/motto: Tiada

 

1.4        Tujuan/objektif:      i).  Memperkenalkan dan mengekalkan budaya cina.

                                        ii). Menanam sikap cinta kepada kebudayaan bangsa sendiri.

                                        iii). Memberikan kesempatan kepada ahli-ahli  supaya dapat

                                               tahu bahawa kepentingan dan keistimewaan budaya  cina.

 

1.5   Keahlian:  i).  Terbuka kepada semua pelajar sekolah ini atau seperti yang   diisyaratkan oleh pihak sekolah.

                               ii). Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

                              iii).   Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam sesuatu keputusan.

                              iv).  Menghadirkan diri dalam semua aktiviti kelab/persatuan. Ahli- ahli yang tidak hadir 

                                      sebarang aktiviti/persatuan selama 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang manasabah akan

   digugurkan keahliannya.

                               v).  Jika ahli menarik diri dari menjadi ahli, wang yurannya tidak akan dipulangkan.

 

1.5    Pentadbiran :     i).  Penaung ( Pengetua/ Guru Besar)

                                ii).  Penyelaras ( PK Hem/ PK Kokurikulum)

                                iii).  Penasihat ( Guru yang dilantik oleh pengetua)

 

1.6  Ahli Jawatankuasa:  i). Pemilihan Ahli Jawatankuasa mestilah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

                                        ii).  Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada :

                                                    a).  Pengerusi

                                                    b). Naib Pengerusi

                                                    c).  Setiausaha

                                                    d).  Penolong Setiausaha

                                                    e).  Bendahari

                                                    f).  Penolong Bendahari

                                                    g).  Wakil Tingkatan

1.7  Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa:

 i).  Pengerusi akan mengpengerusikan mesyuarat jawatankuasa dan mengawasi perjalanan kelab.

ii).  Naib pengerusi akan membantu pengerusi dalam hal persatuan/ kelab dan mengpengerusikan mesyuarat

       semasa  ketiadaan pengerusi.

iii).  Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan menyediakan minit serta merekodkan semua aktiviti.

iv). Penolong setiausaha menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa

        ketiadaan setiausaha.

v).  Bendahari akan memungut segala bayaran ahli, menyimpan akaun serta menyediakan Penyata Kewangan

       Tahunan sebelum mesyuarat agung.

vi).  Wakil tingkatan akan mengambil kedatangan ahli.  Wakil tingkatan juga berkuasa memilih ahli-ahli untuk

        menjalankan sesuatu tugas untuk persatuan/kelab.

 

1.8    Kewangan:    i).  Yuran pendaftran RM1.00

                            ii).  Yuran keahlian RM10 setahun

                            iii). Semua yuran dikumpul dalan satu tabung dan digunakan untuk aktiviti persatuan/kelab.

                            iv).  Kuasa meluluskan kewangan terletak di tangan Jawatankuasa Pusat.

                             v).  Wang persatuan/kelab yang melebihi RM50.00 harus disimpan oleh guru penasihat.

 

1.9        Peraturan:   i).  Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada satu tarikh yang sesuai dan diputuskan oleh

                                    Jawatankuasa Pusat dengan persetujuan guru penasihat.

                             ii).  Mesyuarat Agung diadakan untuk:

                                    a).  Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat  Agung Tahunan yang lepas.

                                    b).    Menerima dan mengesahkan laporan kewangan.

                                    c).  Meminda perlembagaan apabila diperlukan.

                                    d).  Membubarkan jawatankuasa yang lama.

                                    e).  Memilih ahli-ahli jawatankuasa yang baru.

                              iii).  Mesyuarat Tahunan / Ahli Jawatankuasa hanya sah apabila 2/3 dari adli-ahli hadir.

                              iv).  Mesyuarat Tahunan / Ahli Jawatankuasa /Perjumpaan mesti dihadiri oleh sekurang-

                                     kurangnya seorang guru penasihat.

                               v).  Notis Mesyuarat Agung Tahunan / Ahli Jawatankuasa mesti dikeluarkan  seminggu sebelum

                                     tarikh mesyuarat diadakan.

                               vi).  Perjumpaan akan diadakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh sekolah.

                             vii).   Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan

                                      dengan licin dan sempurna.

 

2.0  Penyertaan aktiviti luar:   Semua aktiviti luar mesti melalui dan mendapat kelulusan pihak sekolah serta

                                                 mendapat kebenaran ibu bapa.